Keluaran dan sambutan Volkswagen_Kuning

Volkswagen Kuning dikeluarkan pada 22 September 2016 di pawagam seluruh Malaysia.Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Nurezzatul Aqmar Mustaza dari Sinar Harian memberikan pandangannya tersendiri mengenai filem ini: "...ia tampil dengan sesuatu yang menarik kerana jika ada pun filem Volkswagen Kuning ia sudah dipadatkan di dalam satu filem. Secara keseluruhan, filem ini masih menarik ditonton jika anda ingin mengetahui kisah di sebalik misteri Volkswagen kuning ini."[3] Di dalam ulasan positif untuk mStar Online, Kemalia Othman menulis "...nama filem ini sahaja sudah mampu menarik penonton untuk ke pawagam dan menyaksikan sendiri bagaimana ia digarap dan kesudahannya."[1] Diary Mama pula berkata: "...jalan cerita yang mudah difahami dan lebih santai. Walaupun cerita seram tapi ia turut menyelitkan unsur kekeluargaan, cinta dan pengajaran."[4] Cinnamon Lion dari cinema.com.my juga memberi ulasan positif "The film is filled with suspense and thrills, but instead of using loud banging noises to scare the audience like many horror flicks do, director Shadan Hashim uses a different approach to make audiences freak out".Read more at http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?search=2016.11200.volkswagenkuning.22127#u5y7zyZ3Sqo2lXEE.99